Kehidupan Suatu Perjalanan

Ahad, 13 Disember 2009

Perniagaan Menurut Pandangan Islam

Salam dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pelawat-pelawat blog Kehidupan Suatu Perjalanan. Sudah lama saya tidal update blog saya sejak kebelangan ini, kerana saya agak sibuk sedikit untuk mengemas kini kerja-kerja saya sepanjang tahun 2009.

Mungkin anda semua sedang menanti-nanti entri/post terbaru dari saya kan? :)
Walau sibuk macam mana pun saya akan update juga post saya jika masa mengizinkan saya.

Baiklah, post saya pada kali ini ialah tentang perniagaan. Saya sengaja membuat post tentang perniagaan ini untuk berkongsi info dengan anda semua.

Baiklah, sebagai mukkdimah ataupun pembuka bicara saya untuk post ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang difinisi perniagaan dahulu.

DEFINISI PERNIAGAAN

Apa itu perniagaan? Apa yang anda faham tentang perniagaan? Ya, saya rasa anda semua amat fasih sekali jika membincangkan tentang pernigaan. Memang tidak syak lagi, perniagaan adalah aktiviti urusan jual-beli sesuatu barang yang mana berlaku antara dua pihak iaitu penjual dan pembeli.

Antara lain definisi perniagaan ialah sesuatu kontrak('akad/perjanjian) pertukaran sesuatu barang antara penjual pembeli untuk mendapatkan keuntungan, yaang mana si penjual akan mendapat untung hasil jualannya manakala si pembeli mendapat untung dengan apa yang dia perolehi setelah membeli barang, dengan kata lain si pembeli mendapat kepuasan sesuatu barangan(produk) yang dia beli.

DEFINISI PERNIAGAAN MENURUT ISLAM
Sekarang kita tengok pula definisi perniagaan menurut islam :
1. Dalam islam definisi perniagaan dalam istilah fiqah ialah "JUALBELI". Dalam bahasa arab pula di sebut "AL-BUYU'" .

2. * "Pernigaan dalam pengertian syarak ialah pertukaran barang dengan barang, (atau harta dengn harta, atau harta dengan barang), dengan persetujuan kedua-dua belah pihak di antara penjual dan pembeli atau pertukaran milik dengan gantian (bayaran/mubadalah), mengikut cara-cara yang di izinkan oleh syarak".

3. ** " Perniagaan ialah merupakan pertukaran dalam bentuk wang dengan barang, atau barang dengan barang dengan tujuan mendapatkan keuntungan"

4. *** " Perniagaan ialah kontrak pertukran barang dengan barang untuk mendapatkan keuntungan."


Itulah antara sebahagian beberapa definisi perniagaan menurut islam. Dan apa yang di maksudkan dalam senarai di atas itu ialah, dalam perniagaan akan berlaku pertukaran barang dengan barang dan barang dengan wang di antara kedua-dua belah pihak. Dan pada masa yang sama juga kedua-dua belah pihak akan mendapat keuntungan, serta segala urusan dalam jualbeli adalah sah di sisi syarak malahan juga berlaku persetujuan bersama antara penjual dan pembeli.


Saya rasa itu sahaja untuk perkongsian saya untuk anda semua pada kali ini. Dan InsyaALLAH saya akan sambung pula tentang perniagaan dari sagi islam (Siri 2) ini di masa akan datang :)

Jumpa lagi di masa akan datang.... Tunggu yee :)









*(Al-Syed Sabiq, Fiqh Sunnah, Jilid III, Hal. 46)
**(Al-Shaybani, al-iqna', Hal.195)
***(Ibn Abidin, Radd al-Mukhtar, Jilid II, Hal. 29)

Ahad, 7 Jun 2009

Pesanan Buat Ar-Rijal & An-Nisa'

Sedikit renungan buat semua....

Bismilllahirrahmanirrahimmm..

Teman,

Atas tautan ukhwah

Juga atas satu dasar yg kukuh

Nan Aqidah Muslim,

Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa

Engkau sedia maklum,

Engkaulah hiasan dunia,

Lantaran fitrah itu,

Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,

Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,

Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,

Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,

Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,

Dan tentulah temanmu yg diimpi,

Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa

Aku mengetahui halusnya perasaanmu,

Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai,

Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..

Dan aku juga tahu,

Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau,

Bercinta itu fitrah,

Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

Kalau benar engkau mengasihinya,

kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,

Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya,

Engkau tak kan bisa,

Melunakkan soutul engkau,

Engkau tidak kan bisa,

Melemparkan panahan menggodamu,

Kerana engkau tahu,

Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui,

Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,

Namun nafsu itu sentiasa beraja,

Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,

Nafsu raja yg menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa

Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..

Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal

Andai engkau mencintainya,

Cintailah ia keranaNya,

Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,

Engkau tidakkan bisa,

Mengajaknya bermukah di taman sepi,

Kerana engkau tahu,

Dia punya 9 nafsu, 1 akal,

Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya kranaNya,

Engkau tidakkan bisa menyentuhnya

Walaupun yg ringan-ringan,

Kerana engkau tahu,

Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!

Dan engkau tahu bukan?

Zina tempatnya di api yg menjunam?

Apakah engkau benar mengasihinya,

Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa

Sahabatku ar-rijal

Aku mengasihimu LILLAH,

Lantaran itu,

Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,

Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?

Bercinta tak salah,

Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,

Dan engkau kan merasa cinta manusia .. Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului, Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,

Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,

Engkau tidakkan rindu,

Andai sehari tidak bersua,

Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you.

Kerana engkau percaya..

DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik

DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,

Dan andai dia yg terbaik untukmu,

DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yg terbaik buat kalian

Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!

Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,

Bicaraku penuh ketegasan,

Aku tidak membencimu,

Tetapi aku membencimu munkar itu,

Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,

Aku menegur yg mana mampu,

Kerana aku takut,

Andai aku tidak menegurmu,

Kita kan sama2 meredah lautan api....

Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!

Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman

Pagarilah imanmu

Agar si iman itu tidak terlepas

Cintailah IA,

Kerana DIAlah penjaga iman kita..

Yakinlah dengan IA..

Serahkan segalanya pada IA..

Kerana DIA tahu yg terbaik

Sedangkan kita tidak.

ALLAHualam.

Akhirul kalam Letakkan si DIA dlm hatimu,

Engkau akan merinduiNYA

Andai harimu tiada ingatan kpdNYA

Engkau akan gelisah andai DIA Tidak mendengar rintihanMu,

Engkau kan rindu

Andai DIA tidak memandangmu,

Engkau kan tak keruan andai

Doamu ditolak..

Dan itulah cinta hakiki..

Kerana engkau yakin

Di sana adanya sebuah Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH..

Dan Engkau akan merasakan Erti bercinta yg sebenar

Insya ALLAH!!

Selasa, 26 Mei 2009

Jangan Lupa Al-Quran



Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, zaman demi zaman, kebanyakkan manusi sekarang seperti sudah tidak menghiraukan sumber rujukan utama dalam islam iaitu AL-quran yang merupakan salah satu mukjizat Nabi S.A.W. yang di turunkan kepada Baginda melalui perantaraan Malaikat Jibril A.s. Al-Quran juga merupakan Kalam ALLAH yang suci lagi mulia. Sebagai hamaba atau khalifah di muka bumi ini, kita mestilah selalu mengingati ALLAH dan Al-QuranNYA. Pada masa yantg sama juga, kita umat islam hendaklah membacanya setiap hari walaupun sekadar sejekap. Ini kerana Al-Quran mampu menangakan jiwa dan perasaan seseorang apablaa membaca dengan penuh penghayatan dan juga memahami isi kandungannya. Maka kita sebagai umat islam janganlah lalai dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah dan merugikan.

Ahad, 24 Mei 2009

Ilmu suatu anugerah TUHAN


Dari dulu, kini dan selamaya, kita semua memang dahaga akan ilmu, dan ilmu itu adalah penyuluh hidup. Ertinya, ilmu bagaikan seperti lilin atau pelita yang menerangi kegelapan malam. Walaupun ianya kecil dan juga nyalaan cahayanya tidak terang, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menyuluh atau menerangi kita jika berada dalam kegelapan. Dan ilmu sama juga konsepnya, iaitu membantu atau mendorong kita semua ke arah kebaikan dan ilmu juga mengeluarkan kita dari kegelapan(kejahilan) kepada ke arah cahaya (kepandaian). Ilmu yang di timba itu semestinya ilmu yang merangkumi duniawi dan ukhrawi yang juga mampu di terima pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai kaum, pelbagai agama, demi kesepaduan ummat dunia sejagat.